Thursday, March 28, 2013

Rukun Solat

Rukun sholat terbahagi kepada tiga kategori :
  1. Qalbi (diingat dalam hati)
  2. Qauli (diucap dengan lidah)
  3. Fi'li (perbuatan)
Rukun solat ada 13 perkara iaitu :
  1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
  2. Niat.[Qalbi]
  3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
  4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
  5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
  6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
  7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
  8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
  9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
  10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]
  11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
  12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
  13. Tertib [Qalbi]
Note:tama'ninah = berhenti seketika (sekadar menyebut subhanallah)

Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja. Tidak rukun bila solat berjemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan Al-Quran; "Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat." (Al-A'raaf/7:204).

Syarat Sah Solat

Syarat sah solat

Suci dan bersih badannya dari hadats besar dan kecil artinya seseorang itu sudah atau memiliki wudhu dan mandi hadats jika memiliki hadats besar. Sabda Rasulullah s.a.w.

"Allah tidak menerima solat seseorang dari kamu, apabila dia berhadas sehingga dia berwuduk" (H.R. Bukhari,Muslim).

Suci dan bersih pakaian serta tempat solat dari najis – Orang yang mendirikan solat wajib suci pakaian dan tempat solatnya dari najis, kecuali najis yang dimaafkan seperti darah yang sedikit, kotoran yang melekat pada kaki dan sebagainya. Dalam kaedah feqah disebutkan bahawa "kesukaran itu dapat menarik keringanan", oleh itu najis yang dimaafkan itu tidak membatalkan solat.

Menutup aurat – Adapun menutup aurat bagi wanita ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki ialah diantara pusat hingga lutut. Batas ini paling penting dan wajib ditutup dalam solat. Firman Allah s.w.t.

    "Wahai manusia, pakailah perhiasan mu ketika hendak solat di masjid" (Al-A'raf:31).

Menghadap Kiblat – Ketika mendirikan solat, kita diwajibkan menghadap kiblat iaitu Kaabah berdasarkan firman Allah s.w.t.

"Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah)" (Al-Baqarah:144).

Yakin bahwa waktu solat telah masuk – Dengan yakin telah masuk waktu solat fardu yang hendak dilaksanakan.

catatan : sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ia tidak menepati syarat sah solat

Perkara Yang Disunnahkan dan Fadhilah Wudhu

Perkara-perkara Sunat Ketika Berwuduk

Menghadap ke arah Kiblat.
  • Membaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
  • Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwudhu'.
  • Berkumur atau bersugi.
  • Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
  • Menyapu air ke kepala.
  • Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
  • Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
  • Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
  • Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
  • Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
  • Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwudhu'.
  • Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wudhu' dengan kain atau sebagainya.
  • Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
  • Berjimat ketika menggunakan air.
  • Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wudhu'.
  • Membaca Doa Selepas wudhu'setelah selesai berwudhu'.
Fadhilah (Faedah yang diperoleh) dari Wuduk

Secara amnya kita mendapati wuduk adalah salah satu langkah wajib atau syarat untuk memastikan solat atau sembahyang yang dilakukan oleh umat Islam itu dianggap sah.Serta memastikan kebersihan anggota badan dan kesucian rohani dan jiwa itu sentiasa terpelihara.Namun demikian terdapat fadhilah lain juga boleh diperolehi oleh orang yang bersifat ikhlas dan menyempurnakan wuduknya dengan baik sekali.Misalnya:
Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik,dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya." (Hadis Riwayat Muslim(361))

Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata,Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya.Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. (Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148)

Kesempurnaan Wuduk

Berikut merupakan cara-cara mendapatkan wuduk yang lebih sempurna :

    Mendahulukan bahagian tubuh yang sebelah kanan
    Mengulangi membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali
    Tidak berkata-kata
    Menghadap kiblat
    Berniat
    Membaca basmalah
    Membasuh telapak tangan hingga ke pergelangan
    Berkumur
    Menggosok gigi (bersiwak)
    Membersihkan hidung
    Membasuh muka
    Membasuh tangan hingga ke siku
    Mengusap sebagian kepala
    Mengusap kedua telinga; luar dan dalam
    Membasuh kaki hingga ke buku lali
    Membaca doa sesudah berwuduk
    Bersolat sunat wuduk sebanyak 2 raka'at.
    Tertib (berurutan)

Yang Membatalkan Wuduk

Menurut Mazhab Syafie :

Ada beberapa perkara yang dapat membatalkan wuduk, antaranya adalah:
  1.     Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur).
  2.     Hilang akal, sama ada sementara atau kekal.
  3.     Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
  4.     Menyentuh kemaluan atau pintu dubur dengan telapak tangan.
  5.     Tidur, kecuali apabila dalam keadaan duduk dan tidak berubah kedudukannya.
  6.     Murtad
Menurut Mazhab Hambali

Ada beberapa perkara yang dapat membatalkan wuduk, antaranya adalah :
  1.     Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur).
  2.     Menyentuh perempuan yang halal dinikahi (bukan mahram) dengan syahwat
  3.     Menyentuh kemaluan manusia tanpa berlapik
  4.     Tidur, kecuali tidur ringan samada berdiri atau duduk
  5.     Makan daging unta
  6.     Murtad
  7.     Memandikan mayat
  8.     Keluar apa jua najis dari tubuh badan

Wudu' / Berwudhu / Bersuci

Wuduk atau wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Jika air tiada atau tidak mencukupi, maka wuduk boleh diganti dengan tayammum. Pengertian wuduk pada syarak adalah membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat.

Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali “ (Surah Al-Maa’idah: 6)


Hukum berwuduk  adalah:

Wajib Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat.
Sunat Ketika hendak mandi wajib Hendak membaca al Quran, hadis dan buku Ketika hendak tidur Ketika marah

Fardu Wuduk Cara berwuduk di dalam Islam berbeza sedikit mengikut mazhab :

Menurut Mazhab Syafie Fardu/Rukun wuduk ada enam : Niat Membasuh muka Membasuh kedua tangan hingga ke siku Menyapu sebahagian kepala atau sebahagian rambut di dalam hadnya Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali Tertib

Menurut Mazhab Hambali Fardu/Rukun wuduk ada tujuh: Niat Membasuh muka Membasuh dua tangan hingga ke siku Menyapu semua kepala Membasuh dua kaki Tertib Berturut-turut

Dan lain sebagainya

Solat Subuh

Salat Subuh adalah satu daripada lima solat fardu yang diwajibkan ke atas umat Islam. Solat fardu wajib ditunaikan seorang Islam yang masih waras dan hidup. Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Salah satu daripada solat fardu adalah solat Subuh. Solat Subuh terdiri daripada 2 rakaat. Bagi mazhab Syafie, solat subuh dilakukan beserta dengan doa qunut.

Waktu untuk menunaikan solat subuh atau solat fajar adalah bermula daripada fajar menyinsing hinggalah terbit matahari. Masa yang tersedia dianggarkan kira-kira 1,5 jam.

Sebelum solat subuh, seseorang itu digalakkan bagi mereka untuk mengerjakan dua rakaat solat Sunat Rawatib dan bertasbih serta memperbanyak istighfar dan atau membaca Al Quran.

Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekusyukkannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wuduk secara sempurna. Orang Islam percaya bahwa solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di rumah.

Mereka yang menunaikan solat subuh lewat sejurus waktu subuh, lazimnya digelar oleh masyarakat Melayu sebagai "subuh gajah".

Solat Subuh Yang Dibuat Selepas Waktu Atas Sebab Tidak Sengaja Seperti Tidak Terjaga

Jika solat Subuh dilakukan selepas terbit matahari atas sebab tidak sengaja seperti tidak terjaga daripada tidur, solat Subuh berkenaan sah dan tidak perlu diqada (ganti). Ini kerana menurut hadits, sekiranya sesiapa tertidur dan terlupa solat hendaklah mengerjakan solat apabila dia terjaga atau teringat semula.