Friday, March 29, 2013

Khutbah Jum'at

Khutbah Jum'at ialah dua khutbah yang diberikan oleh khatib setiap kali Solat Jum'at dilaksanakan. Ia merupakan salah satu syarat sah Solat Jum'at. Di zaman modern, khutbah Jum'at sering disiarkan melalui radio dan televisyen.

Rukun khutbah Jumaat

Khutbah dimulai dengan memberi pujian pada Allah SWT seperti ucapan: "Alhamdulillah".
Diikuti dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW: "Allahuma salli ala Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad."
Khutbah hendaklah mengandungi pesanan kepada para jamaah agar bertaqwa kepada Allah SWT seperti: "bertaqwalah kamu kepada Allah."
Membaca satu ayat Quran pada khutbah yang pertama atau kedua, tapi paling elok pada khutbah yang pertama.
Mendoakan setiap Muslim pada khutbah yang kedua sekurang-kurangnya: "Rahima-kumullah."

Syarat sah Khutbah Jumaat
  1. Pembaca khutbah hendaklah seorang lelaki, tidak sah jika orang perempuan.
  2. Pembaca khutbah hendaklah menutup aurat.
  3. Suci daripada hadas dan najis pada pakaian, badan dan tempat.
  4. Berdiri pada kedua-dua khutbah itu pada yang mampu.
  5. Membaca khutbah setelah masuk waktu Zuhur dan dilakukan sebelum solat Jumaat.
  6. Membaca rukun-rukun khutbah di dalam bahasa Arab, tidak boleh di baca dalam bahasa ibunda seperti membaca salawat Nabi dalam bahasa Melayu.
  7. Mualat antara khutbah yang pertama dengan khutbah yang kedua, antara segala rukunnya dan antara khutbah dengan solat.
  8. Duduk sebentar setelah selesai khutbah pertama sebelum memulakan khutbah kedua. Jikalau pembaca berkhutbah dalam keadaan duduk, maka pisahkan di antara dua khutbah itu dengan diam sebentar.
  9. Khutbah didengar oleh 40 orang yang bermukim sekalipun tidak memahami bahasa yang digunakan untuk menyampaikan khutbah.
  10. Mencukupi bilangan 40 orang dari mula khutbah hingga akhir solat.

Solat Jum'at

Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumat. Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu.
Dalil Al Quran tentang Solat Jumaat

Firman Allah SWT "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9)  ”

Hadis tentang Solat Jumaat

Sabda Rasulullah SAW:
“     "Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).     ”

Syarat wajib solat Jumaat

    Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
    Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
    Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
    Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
    Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
    Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
    Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.

Syarat sah solat Jumaat

Didirikan di dalam waktu Zuhur.
Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu.
Didahului dengan dua khutbah - rujuk 

Solat Isyak

Solat Isyak merupakan salah satu daripada solat fardu yang terdiri daripada 4 rakaat. Waktu solat Isyak bermula selepas mega merah di ufuk timur hilang dan berterusan sehingga terbit fajar pada hari keesokannya.
Solat fardu wajib ditunaikan seorang Islam yang masih waras dan hidup. 

Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekusyukkannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wuduk secara sempurna. Orang Islam percaya bahawa solat di masjid ataupun surau adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di rumah.

Untuk lebih lengkap tentang shalat baca disini

Solat Maghrib

Solat Maghrib ( صلاة مَغْرِب‎) merupakan salah satu daripada solat fardu. Solat ini terdiri daripada 3 rakaat. Solat Maghrib ialah solat harian ke-4 dalam Islam, dilakukan ketika senja. Waktu solat Maghrib bermula selepas matahari terbenam sehingga hilang mega merah di ufuk barat.

Perkataan maghrib ialah istilah bahasa Arab bagi "matahari senja"; dari perkataan "gharaba|غَرَبَ", "untuk terbenam"; "akan disembunyikan" (tetapi ia tidak digunakan bagi bulan terbenam).

Solat Asar Atau Ashar

Solat Asar merupakan salah satu daripada lima (5) solat fardhu yang diwajibkan ke atas umat Islam. Solat fardu wajib ditunaikan oleh seorang Islam yang masih waras dan hidup. Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. 

Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Solat Asar terdiri daripada 4 rakaat. Waktu untuk bersolat Asar bermula selepas berakhirnya waktu solat Zohor, iaitu apabila tergelincir matahari sehingga bayang-bayang sesebuah objek lebih panjang daripada tinggi objek tersebut. Manakala tamatnya waktu adalah apabila matahari terbenam di ufuk.

Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekusyukkannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wuduk secara sempurna. Orang Islam percaya bahawa solat di masjid ataupun surau adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di rumah.

Solat Zuhur atau Salat Zohor

Solat Zuhur atau Solat Zohor merupakan salah satu daripada solat fardu. Solat Zohor terdiri daripada 4 rakaat.

Solat fardu wajib ditunaikan seorang Islam yang masih waras dan hidup. Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Waktu untuk menunaikan solat Zuhur adalah bermula selepas matahari mulai condong daripada puncaknya sehingga separuh ke kaki langit.

Sebelum solat Zohor, seseorang itu digalakkan bagi mengerjakan dua rakaat solat Sunat Rawatib.
Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekusyukkannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wuduk secara sempurna. 

Orang Islam percaya bahawa solat di masjid ataupun surau adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di rumah.