Tuesday, March 26, 2013

Waktu Solat Sunat

Tidak semua solat sunat mempunyai waktu tertentu melainkan beberapa solat sunat. Waktu-waktunya adalah mengiku kelaziman waktu solat Nabi Muhammad s.a.w. antara solat sunat yang dilakukan mengikut waktu tertentu:

Solat dhuha - dilakukan ketika waktu matahari baru naik (mengikut pandangan sesetengah ulama, pada ketinggian segalah atau tujuh hasta)

Solat dua Hari Raya - dilakukan pada waktu pagi hari raya yang pertama bagi kedua-dua jenis hari raya dan lazimnya dilakukan pada waktu Dhuha (ﺿﺤﻰ) iaitu waktu matahari baru naik (mengikut pandangan sesetengah ulama, pada ketinggian segalah)

Solat tarawih - dilakukan pada waktu Isya' (lazimnya dilakukan selepas Solat isya' sebelum kemunculan waktu imsak)

Solat sunat gerhana - dilakukan pada waktu gerhana (matahari atau bulan) berlaku.

Solat sunat rawatib - dilakukan sebelum dan selepas solat fardhu. Tidak semua solat mempunyai kedua-dua solat sunat.

Solat sunat Tahajjud - dilakukan di waktu tengah malam selepas waktu tidur

Waktu Haram Solat Sunat

Berikut adalah waktu yang diharamkan solat sunat kecuali solat sunat yang mempunyai sebab terdahulu seperti solat qadha' fardhu, solat-solat sunat wudhu', tahiyyatul masjid, gerhana, jenazah, minta hujan dan nazar (sesetengah mengatakan bagi selain tanah haram) :
  1. Waktu selepas solat Subuh hingga terbit matahari.
  2. Waktu mula terbit matahari (syuruk) hingga matahari berada di kedudukan pada kadar segalah (tujuh hasta).
  3. Waktu rambang (zawal, istiwa, rembah) atau waktu tengahari (matahari tegak) hingga gelincir matahari kecuali hari Jumaat.
  4. Waktu selepas solat Asar hingga matahari kekuningan.
  5. Waktu matahari kekuningan hingga matahari terbenam.

No comments:

Post a Comment