Solat Isyak merupakan salah satu daripada solat fardu yang
terdiri daripada 4 rakaat. Waktu solat Isyak bermula selepas mega merah
di ufuk timur hilang dan berterusan sehingga terbit fajar pada hari
keesokannya.
Solat fardu wajib ditunaikan seorang Islam yang masih waras dan hidup.
Solat fardu
tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun
kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang
sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat
wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.
Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekusyukkannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wuduk
secara sempurna. Orang Islam percaya bahawa solat di masjid ataupun
surau adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di
rumah.
Untuk lebih lengkap tentang shalat baca disini
Untuk lebih lengkap tentang shalat baca disini
No comments:
Post a Comment